Tuesday, 8 May 2012


Tazkirah: DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Salam untuk semua, moga sihat dan dirahmati ('',)

Alhamdulillah kerana baru hari ini saya sempat untuk membalas kujungan sahabat2, terima kasih semua. Saya nak kongsikan dengan semua, dan memperingati diri sendiri juga yang masih lemah ni tentang dosa-dosa dan balasan meninggalkan solat. Saya percaya diluar sana masih ramai umat Islam terutamanya remaja2 yang masih lalai, sambil lewa dengan ibadah yang fardhu ni. Selagi masih ada waktu hidup ni, jom tekad mulakan perubahan yang lebih baik. Mari sama2 mengambil iktibar dari peringatan di bawah, moga semua diberi hidayah dan petunjuk, serta dirahmati-Nya ('',)
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud : 

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang". 

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah : 

Sabda Nabi s.a.w. : 

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .. 


Tuesday, 24 April 2012

ASAL USUL SEMBAHYANG

Subuh

Orang pertama yang mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika ia keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan ia berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah menjelma, Nabi Adam pun sembahyang dua rakaat.
* Rakaat pertama   :   Bersyukur kerana ia terlepas dari kegelapan malam
* Rakaat kedua       :  Bersyukur ia kerana siang telah menjelma

Zohor

Orang pertama yang mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Ismail a.s sedang seruan itu datangnya pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.....

*  Rakaat pertama   :  Bersyukur bagi penebusan
*  Rakaat kedua      :  Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya
*  Rakaat ketiga      :  Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
*  Rakaat keempat  :  Bersyukur kerana korbannya ditukar dengan kibasy.

Asar

Orang  pertama yang mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana telah diselamatkan oleh Allah dari empat kegelapan iaitu......

*  Rakaat pertama  :  Kelam dengan kesalahan
*  Rakaat kedua      :  Kelam dengan air laut
*  Rakaat ketiga      : Kelam dengan malam
*  Rakaat keempat  : Kelam dengan perut ikan

Maghrib

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu iaitu....

*  Rakaat pertama    :  Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t
*  Rakaat kedua        :  Untuk menafikan tohmahan dan tuduhan ke atas ibunya Siti Maryam yang
                                     dituduh melakukan perbuatan sumbang
* Rakaat ketiga         :  Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah yang
                                     juga tiada dua atau tiga.

Isyak

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dukacita. Lalu Allah menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah.....

*  Rakaat pertama    :  Dukacita terhadap isterinya
*  Rakaat kedua        :  Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
*  Rakaat ketiga        :  Dukacita terhadap Firaun
*  Rakaat keempat    :  Dukacita terhadap anak Firaun

Wednesday, 28 March 2012

CARA MEMBUAT BLOG

Khas untuk pengunjung laman blog Kak Zah. Sekiranya ingin membuat blog anda semua dialu-alukan untuk membuka pautan cara membuat blog. Kawan-kawan semester 2 PJJ UPSI pun boleh kongsi bersama

Tuesday, 13 March 2012

BAHAN P&P

Terdapat banyak bahan P&P yang boleh anda download dari blog saya. Harap teman-teman yang sukar mencari bahan-bahan berkenaan dapat menggunakannya.

Tuesday, 6 March 2012

Kedatangan anda semua dialu-alukan. Semoga semua mendapat manfaat apabila melayari blog ini.